Kelas Ict Bersama Pelajar Sk Kg Chengal

23 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Disember 2018 telah diadakan Kelas ICT Bersama Pelajar SK Kg Chengal yang merupakan kesinambungan dari kelas-kelas yang telah dijalankan sebelum ini dimana para peserta diberikan tugasan dan latihan bagi menilai tahap penguasaan para pelajar.

Tujuan kelas ICT ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman para pelajar berkaitan penggunaan ICT pada tahap yang maksimum. Program ini diadakan juga sebagai melaksanakan khidmat kepada komuniti setempat dengan memberi dan menyediakan kemudahan ICT secara percuma.

Pada sesi kali ini, pelajar didedahkan dengan cara-cara membuat sebuah slideshow dengan menggunakan software Microsoft Excel. Para pelajar juga diberi latihan asas untuk menguji tahap pemahaman mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas